Apple Gold 5 in 1 - skincare terbaru DCL.. sebelum ni DCL keluarkan Dlaila.. tapi semenjak dua menjak ni, ahli DCL terdiri dari latarbelakang yg agak tak kisah nak keluarkan duit @ byk duit, hehehe.. ye la.. sekarang yg joint DCL ni, mak datin, artis, golongan profesional, businesswoman yg berjaya.... mereka tak kisah nak spend duit byk, janji produk bagus.. maka mereka mengusulkan pada Dato Azlina supaya DCL mengeluarkan Skincare yg high quality.. bukan nak kata Dlaila tu low quality.. tapi Dlaila kan tak lengkap.. takde toner dan moisturiser.. jadi atas cadangan dan permintaan, DCL telah melantik Perunding Kecantikan DCL, Puan Syarifah Rasyidah yang memang berkelulusan dan kepakaran dalam bidang kecantikan untuk menjadi salah seorang penasihat yg terlibat dalam pengeluaran produk Apple Gold..
Puan Syarifah Rasyeeda yang saya kenal, memang seorang yang `perfectionist'. Saya pernah masuk grooming class yg dikendalikan oleh beliau dan beberapa kali lepak bersama bila ada function DCL.. memang seronok dapat dengar dia berceloteh pasal kecantikan dan tak kedekut ilmu.... korang jgn tak tau.. umur kak Shida (panggilan yg biasa saya gunakan) ni.. kalau korang tau, mesti terkejut pengsan.. dgn keadaan wajah yang `sempurna'.. gebu.. licin.. body yg solid.. korang mesti malu sendiri bila tau umur kak Shida adalah 47 tahun!!! jadi dapat tak korang bayangkan camana dia jaga badan..
Puan Shariffa Rasheeda Al Junied juga salah seorang Penulis di Majalah Midi.. siapa yg tak kenal dan mengagumi Puan Rasheeda kat DCL ni.. dah le cun, body solid.. gambaran wanita yg sempurna.. pak haji tgk Pn Sheeda ni harus toleh 2 kali..
Ketika menghadiri Seminar Health & Slimming di Flamingo Ampang pada 13 Disember 2009 lalu, kak Sheeda kongsikan pengalaman bagaimana beliau mula mengenali produk herba melayu setelah diperkenalkan dgn DCL oleh Dato Azlina.. yela, kak Sheeda ni anak arab.. membesar kat Saudi sinun.. dan mendalami ilmu kecantikan di London.. berhijrah dan mendapat jodoh dgn org Malaysia, sorang Fashion Designer yg ternama big boss ~ DeZaine Butique kat Ampang Point tu..
Selepas menggunakan produk DCL seperti Amazing, Nu Age, Bidadari dan beberapa produk lain, dan mendapat kesan yg amat positif, maka beliau menerima tawaran Dato Azlina untuk menjadi Perunding Kecantikan merangkap Personal Assistant Dato Azlina dalam keluarga DCL..
(Kak Sheeda, kalau ada kesilapan fakta, tlg bgtau ye.. tulisan ni berdasarkan apa yg kita ingat Kak Sheeda bgtau semalam.. :D )
Gambar atas masa gi Grooming class dgn kak syida.. 1st time mewarnakan nak calit kat muka cara yg betul.. terkial kial pegang blusher, eye liner.. tapi terpaksa le beb.. ye la, semenjak dua menjak ni byk kena attend function DCL, duk plak sebelah jelitawan DCL cam kak Shida, Dato Azlina, Crown Crown semua.. takkan nak muka plain je.. ini dikatakan Bergaya utk Imej.. jgn marah ar...
Ok.. balik pada Apple Gold.. bila dah tau camana org yang bertanggungjawab memastikan Apple Gold ada dalam kualiti yang `high class'.. pasti kita akan excited nak tau camana hasilnya.. dan masa pelancaran Apple Gold 5 in 1.
Pada 30 Jun 2009, DCL telah mengadakan Workshop Apple Gold 5 in 1 dan menjemput Leader & BC DCL untuk taklimat.. akak pun mesti le datang kan... lepas Kak Shida memberikan penerangan lengkap tentang produk, beliau buat demo sekali.. dan masa tu dia cari sukarelawan le nak tlg dia buat facial utk model.. akak pun dgn macho naik ke pentas.. ahaks!
Lepas tu diajar step by step.. dari gunakan Facial Bar, toner, moisturiser, UV, Night Cream.. akak dgn patuhnya ikut le apa yg guru arahkan..
lepas abis buat facial tu.. akak pun duduk le menyambung mendengar taklimat.. korang tau apa jadi? hujung jari akak yg buat facial tu, rasa gebu gila.. ya rabbi.. korang bayangkan.. bila hujung jari yg tlg buat facial pun rasa gebu, bayangkan kalau sapu kat muka..
balik dari Taklimat tu, dgn gelojohnya akak sambar satu set.. dan memang superb beb!! Apple Gold ni guna teknologi Nano.. 100% akan terus meresap kat kulit..
Memperkenalkan.. yg tukang buat demo tu le i.. sukarela taw.


